Wednesday, June 27, 2012

Deja Vu

Tadi tengah tengok tivi tetiba nampak iklan satu filem baru ni, filem romantik tajuk dia Aku, Kau dan Dia. Aku tengok tajuk filem Melayu sekarang sempoi je takde nak puitis sangat, baguslah. Kebetulan tadi aku tengah menghadap lappy, terus buka tab youtube dan tengok trailer filem ni berulang kali. Sedih. Sebak. Syahdu. Paling menarik perhatian aku bila pelakon perempuan yang jadi heroin dalam filem ni bukanlah pelakon yang hot setap macam Neelofa ke, Tasha Shila ke, Anzalna ke. Oppsieee.

Hero dia Pekin dan Remy Ishak dan heroin dia pula ntah apa nama dia tapi she looks really pretty without heavy make-up. Aku memang prefer orang berwajah natural. Barulah kecantikan semulajadi namanya. Al-kisah selain dari trailer yang menarik perhatian aku, OST filem ni pun tak kurang hebat dia. Menusuk kalbu gua cakap lu. Deja Vu by Sheila Amzah. Lirik dia ringan pasal kekasih, senang nak faham. Memang ngam sangat-sangat dengan keadaan aku sekarang ni. Ahaha.

By the way, aku harap abah bagi aku kebenaran jumpa si Moneng, my childhood bestfriend. Sekarang ni aku hanya mampu berserah pada-Nya sahaja. Ya Allah, Engkaulah yang memegang hati ayahku. Aku berserah kepada-Mu. Uhuhu. Aku tak kisah kalau tak dapat jumpa kawan yang sorang lagi tu. Tapi si Mon. Please la dad please. Ehehe.

Aku dah macam jeruk masam dah terperuk kat sini. Tak sabar nak balik Kolumpo. Tapi bila mengenangkan semua benda yang jadi kat sana, agak spoil jugak mood aku. Sebetulnya setiap pelusuk Kolumpo tu membuatkan aku deja vu terhadap kau. Aaaaa. Jauh dalam hati ni nak je aku text ke call dia tapi biarlah, hope he's happy with that woman he chose instead of me. Warghhh losernya statement aku. Biar ah.

Jangan paksakan kita untuk selalu bersama. Aku sabar dan yakin. Allah janjikan seseorang yang lebih baik dari kau untuk jaga aku dan imanku. Memang setakat ini kau yang terbaik tapi akan ada yang terbaik lagi. InsyaAllah.

Dah la emo pulak. Baik aku mandi sebelum sejuk menggigit kulit dan daging. Malam sudah menjengah. Hari semakin gelap. Nanti ah bila aku ada masa terluang panjang nak jugak aku cerita-cerita pasal kau yang sudah tiada. I never regret our relationship. I regret I can't make you stay. Erghh.

Nikmati hidup, bye!

No comments: