Tuesday, June 26, 2012

Jiwa Kacau

Ntah apa-apa. Asal ada blog je baru buat dua tiga entri terus hide. Aaaaa. Aku dah takde idea nak menaip apa benda ntah. Macam kata-kata aku dah tak berkualiti. Euwww, perlu ke? Sebenarnya blog yang ni dah lama buat cuma hide. Ni baru nak menaip balik. Tu pun sebab bosan. Sebab sini sejuk. Sekarang kat kampung memang takde nak buat apa pun. Balik sini pun sebab nenek meninggal Jumaat lepas. Al-Fatihah untuk nenek. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman soleh.

Bosannya la adoi. Ni kalau tweet pasal benda ni mesti orang pun bosan baca. Aku pun segan ah sekarang nak tweet pasal benda JK ni. Ahahaha. Bukan apa. Tweet kita pengaruhi mood orang kot. So kita tweet benda hepi-hepi je la. Boleh tweet JK tapi janganlah selalu. Aku pun bosan kalau tengok timeline aku penuh dengan tweet JK sendiri. Ahahaha.

Ni dah buka balik blog ni pegi mampuih la aku nak luahkan perasaan ntah apa-apa ntah. Patut aku namakan blog ni blog ntah apa-apa sebab tempat aku meluahkan perasaan yang ntah apa-apa. Tempat nak berhiperbola, metafora, dan segala macam. Arghhh. Sudah la. Nanti kau tau la.

Ok welkem back blog ku yang ke berapa belas ntah. Ergh tak sampai belas kot. Tapi rasa macam dah lebih dari lima. Ntah apa-apa blog pun nak banyak-banyak kan? Macam gelabah. Aiyakkkk. Ok nanti sambung meng-ntah-apa-apakan lagi.

Nikmati hidup, bye!

No comments: